KUALA LUMPUR: Landskap pekerjaan Malaysia mengalami anjakan signifikan ke arah bentuk bukan tradisional, termasuk elemen gig yang bercirikan pekerjaan sambilan dan lebih anjal serta pengambilan di peringkat global.
Deel yang juga platform sumber manusia serba lengkap global berkata anjakan itu, terutama dalam pengambilan global, turut dipacu oleh kekurangan tenaga kerja khususnya dalam peranan teknologi.
Ketua Serantau Deel bagi Asia, Karen Ng berkata, selain teknologi, kelompok baharu pekerja termasuk kalangan akauntan, juruterapi, guru dan peguam, turut menjadi pemacu bagi negara-negara yang berhasrat mencatat pertumbuhan ekonomi.
"Deel mengambil khidmat pekerja di peringkat tempatan atau tenaga kerja rakyat Malaysia untuk bekerja dalam negara atau bagi syarikat global dengan menawarkan peluang berkhidmat dengan syarikat-syarikat terbaik di negara asal.
"Peluang sebegini membolehkan rakyat negara ini meraih pengetahuan dan kemahiran baharu yang mungkin tiada di dalam negara. Ini juga memberi peluang untuk mereka mendapat pendedahan bermakna selain meningkatkan kemahiran sementara berada di Malaysia," katanya kepada Bernama.
Ng juga menyifatkan wujud keperluan bagi infrastruktur dasar global memandangkan syarikat-syarikat di serata dunia kini beralih daripada amalan bekerja dari pejabat kepada pengambilan pekerja dan sumber tenaga kerja yang lebih fleksibel dan global.
"Ini bukan hanya bagi kemudahan pengambilan pekerja global tetapi juga sebagai mengiktiraf kewujudan tenaga kerja baharu ini dan menjadikan status undang-undang lebih rasmi serta seiring dengan hak dan faedah pekerja sejagat," katanya.
Mengikut laporan pekerjaan Deel yang diterbitkan awal tahun ini, lima pekerjaan utama yang menyaksikan pengambilan pekerja Malaysia di peringkat global adalah jurubahasa, ahli statistik atau perangkawan, jurutera perisian, pembantu maya dan animator.
Malah, pengiktirafan peranan itu hanya menekankan kepentingan kumpulan tenaga kerja atau bakat Malaysia yang pelbagai selain membuktikan peningkatan relevan kemahiran itu di skala antarabangsa.
Ng berkata negara-negara utama yang menggaji sebahagian besar rakyat Malaysia adalah Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), Singapura dan Australia.
"Pasaran-pasaran ini dikenali kerana kepelbagaiannya dan menyediakan peluang yang besar. Rakyat Malaysia yang berkhidmat dalam negara (sebaliknya) belum mendapat pengalaman antarabangsa," katanya.
Beliau juga menyifatkan perubahan dalam aliran pengambilan pekerja itu akan menarik kalangan profesional generasi seterusnya.
"Integrasi teknikal, bekerja secara jauh, pengambilan khidmat kerja berdasarkan kemahiran, pengaturan kerja secara fleksibel serta globalisasi dan pengambilan secara jauh adalah antara trend utama yang perlu dipantau dan dilaksanakan dalam tahun-tahun akan datang," katanya.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz baru-baru ini berkata, cadangan untuk membenarkan graduan asing daripada institusi pengajian tempatan bekerja sementara di Malaysia dalam bidang tertentu seperti sektor teknologi tinggi, dapat melonjakkan sektor pendidikan negara.
- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 19 2024
Kelompok baharu pekerja termasuk kalangan akauntan, juruterapi, guru dan peguam, turut menjadi pemacu bagi negara-negara yang berhasrat mencatat pertumbuhan ekonomi. - Gambar hiasan/Bernama
Astro tawar 51 perlawanan UEFA EURO 2024 HD di SPOTV Stadia, SPOTV2
Semua pelanggan Astro Sports Pack akan mendapat akses percuma sehingga ke perlawanan akhir pertandingan tersebut
Niaga AWANI: Jepun penyumbang utama eksport kayu sarawak dengan nilai RM1.67 bilion pada 2023
Jepun kekal jadi penyumbang utama hasil industri perkayuan Sarawak dengan RM1.67 bilion pada tahun 2024 dan RM387 juta setakat sduku pertama 2024.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Jumlah jawatan suku pertama meningkat 1.5 peratus - DOSM
Jumlah jawatan pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) meningkat sebanyak 1.5 peratus dari tahun ke tahun kepada 8.94 juta jawatan, iaitu rekod tertinggi sejak 2018.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: India import 285,829 tan minyak sawit Malaysia pada April
India mengimport 285,829 tan minyak sawit dari Malaysia pada April seterusnya menyumbang 21.6 peratus daripada jumlah import minyak sayuran negara pada bulan terbabit.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: AS umum kenaikan tarif import China
Amerika Syarikat menaikkan tarif ke atas kenderaan elektrik (EV) dari China daripada 25 peratus kepada 100 peratus. Menurut White House, ia sebagai sebahagian daripada tindakan keras terhadap import China.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Jepun: 17,000 warga emas tinggal bersendirian meninggal dunia di rumah dari Jan-Mac
Kira-kira 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian di Jepun meninggal dunia di rumah antara Januari dan Mac.
Hari Keluarga Antarabangsa: PBB iktiraf amalan baik Malaysia
LPPKN diberi pengiktirafan oleh PBB untuk berkongsi amalan terbaik dalam satu forum yang diadakan di New York, Amerika Syarikat.
Pantau Agenda Reformasi: Hari Belia Negara 2024
Ikuti kupasan Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia, Hasnul Haniff Harun, sempena Hari Belia Negara 2024.
Trend permintaan lada dunia dijangka terus meningkat pada tahun ini dan tahun depan - Johari
Trend permintaan lada dunia dijangka terus meningkat pada tahun ini dan berterusan sehingga ke tahun depan.
Tahanan rumah Najib mungkin bincang minggu depan - Fahmi
Fahmi berkata, Anwar dijangka pulang daripada lawatan rasmi di luar negara pada minggu depan.
Landskap pekerjaan Malaysia alami anjakan signifikan, lebih anjal - Deel
Landskap pekerjaan Malaysia mengalami anjakan signifikan ke arah bentuk bukan tradisional, termasuk elemen gig yang bercirikan pekerjaan sambilan dan lebih anjal.
AI bukan ancaman terhadap semua sektor pekerjaan
Walaupun penggunaan teknologi dalam sektor pekerjaan meningkatkan produktiviti, ia masih tidak dapat menandingi kemahiran manusia.
214 kemalangan di tempat kerja direkodkan di Melaka sehingga Jun
Daripada jumlah 214 kes itu, sebanyak satu kes maut, empat hilang upaya kekal dan 209 kes tidak hilang upaya kekal.
Ke mana mereka selepas SPM?
Isu lepasan SPM enggan meneruskan pengajian semakin ketara pasca-COVID-19, dan situasi ini dijangka berterusan.
Lebih 200 syarikat terlibat beri latihan, kemahiran kepada banduan
Lebih 200 syarikat dari pelbagai sektor terlibat dalam program Corporate Smart Internship sejak diperkenalkan penghujung 2016.
Potensi peluang pekerjaan perlu diperluas melalui pakej PEMULIH - Penganalisis
Kerajaan diharap dapat memberikan penekanan pada pakej PEMULIHAN bagi sektor pekerjaan khususnya kepada sektor-sektor yang mempunyai potensi untuk berkembang dalam jangka masa panjang.
Utamakan nyawa, pertimbang PKP yang ketat bendung COVID-19
Peningkatan kes jangkitan virus COVID-19 ini adalah amat membimbangkan dan ianya tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak.
Kanada bimbang hasrat AS pertimbang kenakan semula tarif aluminium, keluli
Trudeau berkata dalam suasana persekitaran ekonomi yang sedang menghadapi tekanan, sangat penting untuk Kanada terus "mempunyai akses terhadap pasaran terpenting di dunia."
Ekonomi gig mula dapat perhatian, rakyat terima kehidupan normal baharu
Menurut Pengerusi Eksekutif IGROW, Nordin Abdul Malek, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini, orang ramai mula beralih arah kepada pembelian dalam talian.
COVID-19: Menelusuri dimensi kekuatan sektor pekerjaan di Malaysia
Pandemik COVID-19 yang melanda dunia termasuk Malaysia merupakan krisis kesihatan yang mengancam kelangsungan dan kesejahteraan hidup manusia.